Friday, November 26, 2010

16. Benda Pelik

Malam semalam....time nak masuk Isyak, tiba2 jea hati tergerak nak gi surau kt kawasan perumahan. Jarak dari rumah ke kawasan perumahan x sampai 100 meter pun. On de way nak gi sana aku kena melalui semak kecil dan kawasan yang agak angker juga...dan di kawasan tu juga aku stop, aku amati betul2 satu suara orang berzikir beramai2, aku assume aku terlewat gi surau, aku terdengar lagi suara orang ramai berzikir sebut nama lain plak. Time nie memang aku 50-50 nak teruskan atau tidak...ye la orang dah habis sembahyang xkan nak gi jugak...tapi di satu sudut hati aku yang lain, sebanyak 10% menyuruh aku gi juga, kalau x sia2 je lah aku hanya dapat pahala separuh jalan..so aku teruskan jugak la perjalanan nie....apabila aku beberapa langkah keluar jea kawasan angker tu alangkah terkejutnya aku, orang x habis sembahyang lagi dalam surau tu....dan suara zikir tu ghaib entah ke mana....Ini buka kali pertama berlaku pada aku...dah beberapa kali aku dengar sebelum nie tapi di tempat yang lain, di dalam rumah sewa aku, selalu berlaku di dalam tandas...apabila aku nak masuk tandas dalam bilik, aku terdengar orang mengucap berulang kali, sampai aku keluar dari tandas pun masih lagi terdengar, apa yang aku buat ialah aku try mengajuk percakapan benda pelik tu, dan benda tu terdiam..
Moral of the story, aku nie dah la jahil baru jea nak kenal agama n dunia..tap hakikatnya tu lah yang biasa terjadi, belum lagi aku cerita benda yang tak sepatutnya aku cerita, karang kata aku sewel plak..apa yang aku cuba sampaikan di sini ialah, benda nie semua cuba hendak was-was kan kita sama ada kita teguh atau tidak jea, benda pelik nie boleh mengucap di dalam tandas beb......so, dimanakah tahap iman kita....??  
Yang malam semalam tu aku keluar jea dari rumah aku baca bismillah, setiap langkah pun aku baca yang sama......

Saturday, November 20, 2010

15. Cuti Yang Panjang

Suatu pengalaman yang cukup menarik....Hampir sahaja aku dibuang kerja........
Aku mula cuti pada 1 hingga 18 November 2010.........nak dekat 3 minggu juga...haha.......Nasib baik company sayangkan aku lagi...Aku anggapkan ini antara kejayaan aku...

Friday, October 8, 2010

14. Bercakap Diri Sendiri

Banyak benda yang aku pelajari dalam 2 tahun nie, terutamanya sejak akhir-akhir nie....Semuannya terasa baru...Aku belajar mengenali siapa diriku, tingkah laku, cara berkomunikasi, berkawan, mengenal keperibadian mereka dan lain2.....
Memang aku x nafikan yang aku dulu memang anti-sosial, terasa kekok, serba x kena apabila bersama-sama mereka...dan aku juga x nafikan yang aku dulu tidak kenalpun siapa budak2 kelas aku walaupun dah 4 tahun bersama...Jangan kata aku sewel plak..tapi itulah hakikatnya....Sory ek,
.........dan aku juga x nafikan ada budak2 course lain mengenali ramai budak course aku berbanding aku..nie pun aku mintak maaf jugak....dan..Aku rasa aku masih tidak terlambat lagi untuk berubah, dan sekarang ini pun aku sudah memasuki fasa perubahan diri, dan aku minta maaf sesangat andai aku menguris hati-hati mereka yang berlegar disekeliling aku sepanjang fasa ini.. Memang susah nak menghiburkan hati-hati korang. .....Banyak benda aku nak pelajari, banyak benda aku nak tanya kat korang, tapi aku tahu limitnya, so aku banyak senyap, memerhati, mendengar dan membuat andaian sendiri. Aku harap korang faham [[FULL STOP]]

Sunday, October 3, 2010

12. Islam 2??

Satu lagi video aku jumpa..

Source: http://www.youtube.com/watch?v=6nJdJIN8f4U

11. Puasa 6 - Pengaruh Rakan Sebaya

3 hari lepas bersamaan 1/10 genaplah 6 hari aku berpuasa pada bulan Syawal... Macam biasa, time puasa nie la sibuk jea org2 besar nak belanja...hangin jea aku,.......Tetapi x la seteruk aku PUASA MUTIH hari tu...Memang kaw2 diuji....pehhh time nie sungguh tragis la..(Ini suatu cerita yang lain)

Balik kepada tajuk asal, ceritanya bermula apabila member aku nie tiba-tiba jea ajak aku puasa..lebih kurang beginilah dialognya:

Member: Kau puasa ke?

Aku: Puasa??

Member: Esok aku puasa, jom kita puasa sekali

Aku: ..@.%?.==.....OK!

( E N D )

....Nie lah first time seumur hidup aku berpuasa 6..Suatu kejayaan yang cukup bermakna...Thanks kepada member aku nie....
Masa aku puasa tu xde la aku niatkan kerana dia(member), karang syirik pulak..
(p/s: Lepas Raya tahun depan aku xnak berhubung dengan dia lagi.....)