Friday, November 26, 2010

16. Benda Pelik

Malam semalam....time nak masuk Isyak, tiba2 jea hati tergerak nak gi surau kt kawasan perumahan. Jarak dari rumah ke kawasan perumahan x sampai 100 meter pun. On de way nak gi sana aku kena melalui semak kecil dan kawasan yang agak angker juga...dan di kawasan tu juga aku stop, aku amati betul2 satu suara orang berzikir beramai2, aku assume aku terlewat gi surau, aku terdengar lagi suara orang ramai berzikir sebut nama lain plak. Time nie memang aku 50-50 nak teruskan atau tidak...ye la orang dah habis sembahyang xkan nak gi jugak...tapi di satu sudut hati aku yang lain, sebanyak 10% menyuruh aku gi juga, kalau x sia2 je lah aku hanya dapat pahala separuh jalan..so aku teruskan jugak la perjalanan nie....apabila aku beberapa langkah keluar jea kawasan angker tu alangkah terkejutnya aku, orang x habis sembahyang lagi dalam surau tu....dan suara zikir tu ghaib entah ke mana....Ini buka kali pertama berlaku pada aku...dah beberapa kali aku dengar sebelum nie tapi di tempat yang lain, di dalam rumah sewa aku, selalu berlaku di dalam tandas...apabila aku nak masuk tandas dalam bilik, aku terdengar orang mengucap berulang kali, sampai aku keluar dari tandas pun masih lagi terdengar, apa yang aku buat ialah aku try mengajuk percakapan benda pelik tu, dan benda tu terdiam..
Moral of the story, aku nie dah la jahil baru jea nak kenal agama n dunia..tap hakikatnya tu lah yang biasa terjadi, belum lagi aku cerita benda yang tak sepatutnya aku cerita, karang kata aku sewel plak..apa yang aku cuba sampaikan di sini ialah, benda nie semua cuba hendak was-was kan kita sama ada kita teguh atau tidak jea, benda pelik nie boleh mengucap di dalam tandas beb......so, dimanakah tahap iman kita....??  
Yang malam semalam tu aku keluar jea dari rumah aku baca bismillah, setiap langkah pun aku baca yang sama......

Saturday, November 20, 2010

15. Cuti Yang Panjang

Suatu pengalaman yang cukup menarik....Hampir sahaja aku dibuang kerja........
Aku mula cuti pada 1 hingga 18 November 2010.........nak dekat 3 minggu juga...haha.......Nasib baik company sayangkan aku lagi...Aku anggapkan ini antara kejayaan aku...

Friday, October 8, 2010

14. Bercakap Diri Sendiri

Banyak benda yang aku pelajari dalam 2 tahun nie, terutamanya sejak akhir-akhir nie....Semuannya terasa baru...Aku belajar mengenali siapa diriku, tingkah laku, cara berkomunikasi, berkawan, mengenal keperibadian mereka dan lain2.....
Memang aku x nafikan yang aku dulu memang anti-sosial, terasa kekok, serba x kena apabila bersama-sama mereka...dan aku juga x nafikan yang aku dulu tidak kenalpun siapa budak2 kelas aku walaupun dah 4 tahun bersama...Jangan kata aku sewel plak..tapi itulah hakikatnya....Sory ek,
.........dan aku juga x nafikan ada budak2 course lain mengenali ramai budak course aku berbanding aku..nie pun aku mintak maaf jugak....dan..Aku rasa aku masih tidak terlambat lagi untuk berubah, dan sekarang ini pun aku sudah memasuki fasa perubahan diri, dan aku minta maaf sesangat andai aku menguris hati-hati mereka yang berlegar disekeliling aku sepanjang fasa ini.. Memang susah nak menghiburkan hati-hati korang. .....Banyak benda aku nak pelajari, banyak benda aku nak tanya kat korang, tapi aku tahu limitnya, so aku banyak senyap, memerhati, mendengar dan membuat andaian sendiri. Aku harap korang faham [[FULL STOP]]

Sunday, October 3, 2010

12. Islam 2??

Satu lagi video aku jumpa..

Source: http://www.youtube.com/watch?v=6nJdJIN8f4U

11. Puasa 6 - Pengaruh Rakan Sebaya

3 hari lepas bersamaan 1/10 genaplah 6 hari aku berpuasa pada bulan Syawal... Macam biasa, time puasa nie la sibuk jea org2 besar nak belanja...hangin jea aku,.......Tetapi x la seteruk aku PUASA MUTIH hari tu...Memang kaw2 diuji....pehhh time nie sungguh tragis la..(Ini suatu cerita yang lain)

Balik kepada tajuk asal, ceritanya bermula apabila member aku nie tiba-tiba jea ajak aku puasa..lebih kurang beginilah dialognya:

Member: Kau puasa ke?

Aku: Puasa??

Member: Esok aku puasa, jom kita puasa sekali

Aku: ..@.%?.==.....OK!

( E N D )

....Nie lah first time seumur hidup aku berpuasa 6..Suatu kejayaan yang cukup bermakna...Thanks kepada member aku nie....
Masa aku puasa tu xde la aku niatkan kerana dia(member), karang syirik pulak..
(p/s: Lepas Raya tahun depan aku xnak berhubung dengan dia lagi.....)

Wednesday, September 29, 2010

10. Islam??

Source: http://www.facebook.com/teamkosuke?ref=ts

9. CSL i 300 - Cerita Sebelum Raya


4 hari sebelum raya, handphone lama aku Sony Ericsson k750i mengalami masalah kritikal xleh nak diselamatkan. Habis semua data2 yang aku save dalam handphone tu..termasuk la no phone aweks-aweks aku..peh nie yang xleh blah nie..So nak x nak terpaksa la aku beli handphone baru CSL i300, power beb. Aku beli time promotion RM 150.00, lepas raya naik RM 180.00. Yang menarik mengenai handphone nie ialah dilengkapi

Azan Alarm - Boleh set current location
Qiblat - Aku baru usha
2GB Memory - SD
VGA Camera - At least ada gak untuk handset RM 150.00
2 Sims - boleh berSMS dengan 2 aweks dalam satu masa
MMS/GRPS - Aku x try lagi
FM Radio - Di kala bosan menjelma
MP3 - Standard la
Torch Light - haha nie best
Yang paling best skali ialah aku x payah risau bawa banyak handphone.

Source: http://multicompg.blogspot.com/2010/08/csl-i300-affordable-camera-dual-sim.html

Disebabkan features nielah aku beli.
Selang beberapa hari, aku search la kt internet http://www.cslcare.com. Yang paling gempak sekali, model nie masih belum di update lagi. (Sehingga 29/9/2010)
Disebabkan aku sangat2 teruja dengan gadget nie jugak aku wat satu poster about life style communication menggunakan theme CSL i300 (ada kt atas skali).

Saturday, September 18, 2010

8. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Bersempena permulaan bulan Syawal yg penuh kemeriahan ini rasanya masih tidak terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir n Batin kepada semua masyarakat berbilang kaum dan bangsa.
Peringatan: Bila korang nak start melantak dengan juadah seperti rendang, ketupat n lemang tu ingat2 le orang yang tidak senasib dengan kita yakni anak yatim piatu, orang miskin, keluarga malang, ibu tunggal hatta jiran sebelah sekalipun. Jiran kita tu nampak jea happy tapi dalam hati sapa tahu.. Dari sinilah kita dapat merasai manisnya kemeriahan syawal bersama. :)

Sunday, August 29, 2010

7. Meeting Oh Meeting 2

Pada hari ini aku berjaya mengekalkan rekod dipuji setiap kali meeting selama 6 x berturut2.....
Dan hari ini jugak aku mengekalkan rekod baru kena bambu dalam meeting.........Hahaha..nasib baik le ada orang back up aku.....maunya kena baling ngan helmet.....Hhhhmmmm...Tapi yang bestnye aku boleh belajar sesuatu..aku anggapkan sebagai pengajaran , setiap bambuan yang ditikamkan pada aku dalam meeting tu, terselit pelbagai teguran dan nasihat, aku x boleh berada tahap yang sama, aku kena berubah......

Friday, August 27, 2010

6. Benda Pelik

Tadi on de way nak gi Test Cube aku bertembung ngan sekumpulan benda-benda pelik...haha apa plak nie.... Gambar yang sebelah kiri atas tu yang aku kata pelik.. Kecil beb... Aku tangkap (Gambar la..) Biasanye aku jumpa sume size 50 cent dan ke atas..hehe.... Semalam, yang lawaknye masa aku kata aku jumpa katak kecil nie...semua excited nak tengok....kitorang pun cari la balik katak kat kolam bertakung tu, nasib baik jumpa.......Bila dah jumpa tu berlakulah perdebatan yang hebat... (Korang memang xde kerja ke, bleh plak layan aku)....
Orang pertama & Kedua kata: Ini anak katak
Aku kata: Katak paling kecil(Dah dewasa)
Hasilnya, terpaksalah wat rujukan orang keempat..internet resultnye jumpa gambar yang ada tulis bharian.com.my untuk wat comparison size katak yang paling kecil.....Bila aku amati balik gambar tu mungkin jugak anak katak sebab ada ekor kecil tertumbuh.......Nie yang aku terpikir nak bela...tengok dalam sebulan boleh besar mana................hehe...

Wednesday, August 25, 2010

5. Terima Kasih2..

Smalam aku dapat satu panggilan untuk ke J.B.(Semuanya last minute gak)..aku x prepare pun dari segi fizikal & mental..
 Nak ikutkan memang Aku nak ke J.B. pun atas urusan kerja tapi bukannya dalam keadaan mengejut.....memang x patut la..
..Sedar2 kitorang dah sampai.....Kerja2 pun siap sampai ke Malam..berbuka pun diaorng tanggung, ok sesangat la tu..hehe..Semua nie bagi aku bukannya masalah pun, tapi yang aku terasa hairannya masa nak keluar dari bilik kerja tu..aku dikejutkan dengan  perkataan.."TERIMA KASIH"..Aku ada sedikt terkedu, (Dalam hati aku berkata..eh..eh..) Cepat2 aku balas "XDE APA-APA TU".. Masa aku nak turun dari pejabat pun sama.."TERIMA KASIH"..Time tu aku betul-betul terkedu...Dia tengok aku senyap je, dia ulang lagi kata2 keramat tu..."TERIMA KASIH"..Cepat2 aku balas.."..A..AH..SAMA-SAMA"..Lepas tu aku blah..Dalam kereta on de way nak balik aku terpikir mengenai diriku...bagus sangat ke aku nie..apa pun aku buat kat diorang tadi?...Tiba2 jea fikiran aku terlintas...baru-baru nie aku ada tolong sorang rakan kerja untuk kerja dia..dia ucapkan "TERIMA KASIH" jugak..Time tu pun aku terkedu...Yalah nak ikutkan seumur hidup aku bermula tahun lepas perkataan tu jarang sangat la dengar..bila dengar pun rasa janggal...Entah la......aku rasa perkataan "TERIMA KASIH" pada aku memang x patut la..Aku assume orang2 yang ucapkan perkataan tu kat aku mungkin tengah mamai..hehehe....hhhmmmm..mungkin jugak..

Friday, August 20, 2010

4. Meeting Oh Meeting-1

Smlam aku kena attend satu meeting ngan klien secara tiba-tiba..(tiada surat..tiada cakap mulut..)...Dipendekkan cerita..kitorang pun sampai, meeting pun dah jalan separuh..Ok le tu..Masa meeting tue aku ada sedikit tergamam..masa disuruh bagi cadangan macam-macam kitorang kasik...cadangan hampir sume cam x brapa nak relevant..Aku layan jea flow..Time tue aku terpikir, who am I & who are they?....kitorang(termasuk aku) x ubah seperti budak-budak sekolah menengah....mereka yang attend meeting tue bukan calang-calang jgk..tapi kenapa ya, xde la rasa diorang tue hebat, biasa je..So, x perlulah nak dibangga-banggakan berkawan dengan orang-orang besar...
Dalam meeting tue pun aku senyap jea, mulut aku rasa berat pulak nak bersuara.....pikir aku, lain kali je la aku bagi cadangan....
Lepas tue meeting tamat(Seronok betul aku)... hahaa kitorang pun balik

Yang aku hangin satu jea..apsal la diaorang buat meeting bulan pose.., dah la xdapat makan, klau lapas mahgrib ok la jugak..x patut betul la...

Wednesday, August 18, 2010

3. Buku Oh Buku...



Agak lama juga la x ngadap story book. Tahun lepas aku target sebulan satu buku...
Hmmm.........nmpaknye bgitu la..haha
Bila aku nk mula bca 
perkara pertama aku pikir ialah money..
nak baca kena beli...almaklum la pertgahan bulan sume nak beli...dh pulak tue blanja lbh2 kedekut..
cmna nkbuat..
Pekara kedua bila aku nk start je baca or sedang baca aku akn terpikir buang masa...
Bila dh baca tukan mesti ketagih..tido pukul 2,3 pg...semua benda beredar skeliling aku..aku buat dek je..
Time nie mmg aku rasa rugi teramat..ialah sume aktiviti menarik boleh plak time aku rrajin baca story book..
mmg xleh nak blah...kdg2 tu terpaksa la aku bermuhasabah diri, apa benda yg dah aku buat dlam 2-3hari nie...ish..ish..

Aku bukannye nak kata jangan baca buku....
Walaubagaimaanpun...
The book memang rapat ngan aku  bila tunggu org..kdg2 tue ada program kt luar, ada masa lapang, don't know what to do..so aku baca buku..mmg bahagia teramat....apa2 pun yang paling best nye...
..Aku byak blajar dari buku cara2 nk ayat aweks2..& aku pun dh aplikasi kat dunia sbnar..tp cm xde pape pulak...nie yang konpius...xkan la aku salah ayat, skema beb, sebijik2 dari buku aku kluarkan....nie yang aku hangin nie...................
yang paling aku terasa masa baca tue..benda nie bleh menajamkan fikiran..terasa something kt bahagian otak2 smooth, tenang...time nie mmg aku terasa bijak plak...haha...

Tuesday, August 17, 2010

2. Wednesday is English Day

Hari Rabu ialah hari berbahasa Inggeris untuk housemate kitorang. Haha..pagi2 lagi lps baca quran aku berbahasa inggeris ngan housemate aku... agak tergagap gak la nk mulakan...
Hhhmmmm....Nmpaknye pas ni kena la rrajin baca NST & story book..

Sunday, August 15, 2010

1. Salam Ramadhan

Nie post aku yang pertama....Dikesempatan nie aku mengucapkan salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua muslimin muslimat & mukminnin mukminat untuk yang masih hidup sahaja... Selamat menunaikan Ibadah & Jadikanlah Ramadhan Tahun ini sebagai ramadhan paling terbaik dalam mengejar ganjaran pahala...